Apli ganti Wan Saiful terajui PTPTN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melantik Apli Yusoff, 52, sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa 18 Julai lalu.

PTPTN dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Apli bagi menggantikan Datuk Wan Saiful Wan Jan yang bersara pada 17 Jun lalu.

Apli yang berkelulusan Ijazah Kepujian Kejuruteraan Bahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1994 adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ahli Lembaga Pengarah SME Corporation Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Incorporated Sdn Bhd.

Apli juga adalah Presiden Squash Racket Association of Terengganu, selain Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi GAGASAN Kebangsaan.

Menurut kenyataan itu PTPTN berharap dengan pengalaman itu, Apli dapat membantu PTPTN menjadi sebuah agensi kerajaan yang disegani, sekali gus merealisasikan usaha PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan utama negara.

PTPTN turut mengucapkan terima kasih kepada Wan Saiful atas sumbangan dan bakti sebagai Pengerusi PTPTN mulai 18 Jun 2018 sehingga 17 Jun 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat