“Saya tidak akan cuci reputasi Najib” – Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyatakan beliau tidak akan sama sekali mencuci reputasi Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa dalam artikel tulisan S.Thayarapan.

Kit Siang dalam entri blognya pada Khamis menegaskan, beliau mengecam Najib dengan skandal 1MDB sehingga mengheret Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi.

Malah Kit Siang juga mahu Najib mengakui kempen “Malu Apa Bossku” yang digerakkannya adalah satu perkara yang membawa malu kepada negara kita.

“Kempen “Malu Apa Bossku” telah menunjukkan rakyat Malaysia tidak dapat membezakan antara perkara betul dan salah bahkan melihat rasuah sebagai suatu perkara mulia.

“Saya juga mahu Najib menjalani hukuman penjaranya seperti yang telah disabitkan oleh mahkamah supaya menjadi teladan kepada semua pemimpin di Malaysia untuk tidak terlibat dengan rasuah dan kleptokrasi,” catat Kit Siang.

Dalam pada itu kata Kit Siang lagi, Najib seorang protagonis skandal 1MDB yang bersungguh-sungguh dalam kempen PRN Johor menyebarkan mesej “Malu Apa Bossku” dan menyebarkan konsep tidak bermoral di mana pemimpin politik perlu mempunyai standard moral kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Malaysia selama 65 tahun, kita mengadakan pilihan raya di mana parti politik yang mengutamakan sifat tak tahu malu sebagai satu nilai moral.

“Adakah ini nasib Malaysia – jauh dari menjadi negara hebat bertaraf dunia tetapi ditakdirkan kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal? katanya.

Hal demikian Kit Siang mempersoalkan dakwaan Thayarapan di manakah hujah kononnya beliau cuba mencuci reputasi Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat