Pejuang Nekad Tolak PH, PN – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejuang tegas tidak akan menyertai khemah besar pembangkang bersama Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pintu rundingan bagi membincangkan idea khemah besar pembangkang dengan PH dan PN sudah dianggap tertutup sama sekali.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan itu dibuat Pejuang susulan parti tersebut mempunyai pendapat berbeza selain sokongan oleh rakyat terhadap mereka tidak begitu jelas.

“Umpamanya ramai orang Melayu tidak boleh terima DAP. Jadi, kalau kita bawa masuk DAP, maka ramai orang Melayu yang akan menolak kita.

“Jadi, kita tidak akan mengadakan kerjasama dengan PH, sama ada dengan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) atau pun PKR,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, Pejuang hanya mahu bekerjasama dengan orang tidak terlibat politik dan tidak membangkitkan perasaan benci kepada mereka.

Pada Jun lalu, Mahathir berkata Pejuang enggan bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Mahathir berkata sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar.

Pada 4 Jun lalu, Warisan turut menolak idea khemah besar seperti diinginkan Mahathir termasuk gagasan PH plus dengan parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, khemah besar bukan lagi penyelesaian terbaik pada masa ini kerana negara ini memerlukan satu kepimpinan mahupun pemerintahan yang boleh meletakkan negara pada landasan sepatutnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat