Peguam Negara Perlu Hadir Menjawab Persoalan Ordinan Darurat di Parlimen – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kehadiran Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dalam sesi sidang Parlimen adalah perlu bagi menjawab persoalan Ordinan Darurat yang diwartakan sepanjang ia dikuatkuasakan.

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini, Azalina berkata kehadiran itu perlu selaras peranan Peguam Negara sebagai penasihat perundangan kepada yang di-Pertuan Agong dan Kabinet.

“Bagi mengelakkan konflik kepentingan berhubung tindakan peguam negara, mereka perlu diberi hak untuk didengar sendiri di Parlimen bukan melalui pihak ketiga.

“Peguam Negara bukan saja penasihat perundangan kepada jemaah menteri tetapi juga penasihat kepada Agong yang bersama-sama Dewan Rakyat dan Dewan Negara membentuk Parlimen.

“Pada masa ini, mengikut undang-undang Peguam Negara tidak perlu menjawab secara langsung kepada Parlimen. Maka siapa yang akan mengabsahkan rasional ordinan-ordinan yang diisytiharkan ketika darurat?” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat