MATFA Merayu Dibenarkan Beroperasi Semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) meminta kerajaan agar sektor pelancongan diberi sokongan dan dibuka semula di bawah fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Presiden MATFA, Tan Sri Richard CK Koh, dalam suratnya kepada Perdana Menteri memberi saranan kepada kerajaan untuk menetapkan semula naratif baharu, iaitu dengan beralih daripada pendekatan pandemik kepada pendekatan endemik.

“Kerajaan juga tidak perlu lagi melaksanakan penilaian berdasarkan jumlah kes harian dan memerlukan langkah penilaian baharu. Pengukuran indeks komposit kesihatan seperti peratusan kes positif, peratusan kes serius dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dinyatakan sebagai kapasiti dengan kematian berdasarkan jumlah kematian dalam 100,000 penduduk.

“Melaksanakan penamatan sekatan secara beransur-ansur bagi mengelakkan hospital daripada sesak, dan seterusnya mencegah kejutan ekonomi yang disebabkan oleh penutupan yang drastik.

“Malaysia perlu belajar daripada model yang dilaksanakan di United Kingdom (UK) dan Singapura, iaitumengurangkan beberapa risiko dengan lebih baik. Tindakan keseimbangan perlu bagi menyeimbangkan langkah kesihatan awam dan ekonomi yang kedua-duanya adalah tidak saling eksklusif,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu jelasnya MATFA turut memohon supaya taman tema dan tarikan, panggung wayang, pusat hiburan keluarga selain pusat spa, dibenarkan dibuka semula bersama pusat membeli belah dan hotel.

MATFA juga mencadangkan kempen vaksinasi bagi semua sektor berkait pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Kami menyeru kebijaksanaan Perdana Menteri untuk mempertimbangkan semula PPN dengan memberikan peluang kepada industri pelancongan yang menjadi penyumbang utama ekonomi supaya beroperasi segera.

“Kami meminta sekurang-kurangnya membenarkan perniagaan utama industri pelancongan seperti taman tema, tempat menarik, taman permainan, pusat kesihatan spa, pawagam dan pusat hiburan keluarga dibenarkan beroperasi bersama pusat membeli-belah, resort dan hotel pada Fasa Kedua PPN.

“Industri pelancongan juga bersedia merangka rancangan dengan kerajaan. Malah, kami sudah mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan selama ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat