Trump sambung taklimat COVID-19 di televisyen, gesa pemakaian pelitup muka

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin berjanji akan menyambung semula taklimat COVID-19 di televisyen dan akhirnya merayu penduduk negara itu memakai pelitup muka.

Ia sekali gus menyaksikan perubahan nada suara ketara di saat tinjauan menunjukkannya semakin terdesak menghadapi pilihan raya akan datang.

Berbekalkan lebih kurang 100 hari menjelang pilihan raya menentang calon parti Demokrat, Joe Biden, Trump cuba meredakan kemarahan rakyat atas kelemahannya menangani wabak itu, berikutan kenyataan beliau sebelum ini virus COVID-19 itu akan ‘hilang’.

Bagaimanapun perkembangan semasa bahkan di kalangan penyokong setianya, mereka menyaksikan lonjakan kes COVID-19 termasuk di negeri yang dipimpin parti Republikan seperti Florida dan Texas.

Secara umum, tinjauan itu menunjukkan kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan Trump terhadap pengendalian krisis.

Ini berikutan, sepanjang beliau berusaha menafikan keadaan serius pandemik itu, Trump sering mengejek dan menolak cadangan doktor untuk penggunaan pelitup muka.

Bagaimanapun pada Isnin, Trump di Twitter memuat naik gambar memakai pelitup muka berwarna hitam dengan tertera lambang presiden dan menggesa pemakaian pelitup muka sebagai tindakan patriotik.

“Ramai orang mengatakan ia begitu patriotik memakai pelitup muka apabila tidak dapat melakukan penjarakan sosial. Jadi tiada orang yang lebih patriotik daripada saya, Presiden kegemaran semua,” tulisnya sambil menggesa semua orang memakai pelitup muka apabila berada di khalayak ramai.

Trump, jurujual harta tanah seumur hidup dan pelakon TV realiti baru-baru ini, mendakwa masalah sebenar warga Amerika adalah tidak mendengar berita yang tepat.

Justeru pada Selasa, beliau akan meneruskan taklimat mengenai COVID-19 di televisyen biasanya sejak selepas Rumah Putih yang diberikannya hingga akhir April lalu, sering dituduh memberikan maklumat salah dan mengelirukan rakyatnya.

Dalam wawancara dengan ‘Fox News Sunday’, beliau sekali lagi mendakwa virus yang membunuh lebih dari 140,000 orang Amerika dan menyebabkan kelumpuhan ekonomi besar-besaran, akan hilang dengan sendirinya.

Lawannya, Biden kini mendahului dua digit dalam tinjauan pilihan raya, dan tinjauan ABC atau Washington Post yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan hampir dua pertiga orang Amerika tidak mempercayai Trump berhubung krisis COVID-19.

Bagaimanapun, Trump nampaknya menantikan peluangnya untuk kembali ke bilik taklimat stesen televisyen itu.

“Kami mempunyai sesi penerangan yang sangat berjaya. Saya melakukannya dan melihat bilangan penonton. Dalam sejarah televisyen kabel, tiada yang pernah berjaya melakukan serupa ini,” katanya. – AFP

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat