36 warga kerja MTIB terima APC 2023

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Seramai 36 warga kerja Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2023) di Dewan Persidangan MTIB, Menara PGRM pada Khamis.

Menurut kenyataan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menyempurnakan majlis APC 2023 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri MTIB.

Menurutnya, objektif program ini bagi meraikan penerima sebagai tanda penghargaan MTIB kepada warga kerja MTIB yang telah membantu dalam memastikan industri perkayuan Malaysia terus kekal di arus perdana.

Tambah kenyataan itu, APC merupakan penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan mereka yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan.

Pemberian APC diberi kepada sejumlah maksimum 8 peratus daripada jumlah kakitangan yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian bagi setiap agensi .

Mereka dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia 1 (PPSM 1) untuk menerima APC berdasarkan kepada prestasi kerja yang cemerlang mereka pada 2023, ” tambahnya lagi.

Menurut kenyataan KPK lagi, nilai keseluruhan eksport kayu dan produk kayu negara pada tahun lalu adalah berjumlah RM21.84 bilion, manakala nilai import kayu dan produk kayu negara pula adalah berjumlah RM7.60 bilion.

Dalam pada itu, Johari turut menyempurnakan pelancaran Polisi Keselamatan Siber (PKS) MTIB, bagi menggantikan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) yang telah digunakan sejak tahun 2007.

Beliau berkata, PKS menyenaraikan peraturan dan menerangkan peranan semua pihak yang terlibat selaras keperluan pengurusan keselamatan maklumat di ruang siber yang luas serta risiko dan ancaman yang semakin meningkat.

Polisi ini berperanan sebagai langkah keselamatan bagi memastikan pengurusan keselamatan siber yang lebih cekap.

Beliau menyambut baik usaha MTIB dalam meningkatkan keselamatan siber dengan menyesuaikan dengan keperluan dan persekitaran yang begitu dinamik kerana dunia yang kian didominasi oleh pendigitalan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KPK (Perancangan Strategik dan Pengurusan), Abdul Hadi Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha KPK (Perladangan dan Komoditi), Dato’ Razali Mohamad. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat