Lelong kostum Superman, A Space Odyssey & Knight Rider

- Advertisement -

SUT angkasa lepas yang digunakan dalam filem 2001 : A Space Odyssey serta kostum yang dipakai Christopher Reeve dalam dua filem Superman terjual dengan harga tinggi dalam acara lelong Hollywood: Legends & Explorers, baru-baru ini.

Sut angkasa lepas serta helmet yang digunakan Keir Dullea ketika membawa watak sebagai Dr David Bowman dalam filem arahan Stanley Kubrick pada 1968 itu terjual dengan harga RM1.6 juta.

Dalam pada itu, kostum biru Superman yang digunakan Reeve dalam filem Superman pada 1978 dan Superman II (1980) terjual dengan harga RM470,000.

Lelongan bertajuk Hollywood : Legends & Explorers diadakan di Beverly Hills pada hujung minggu lalu. Secara keseluruhan, sebanyak 900 barang dari filem Hollywood dan siri televisyen ikonik dilelong.

Selain itu, kereta jenis Pontiac Firebird 1982 yang membawa watak KITT dalam siri televisyen popular Knight Rider dijual dengan harga RM818,000.

Kereta itu turut ditandatangani pelakonnya, David Hasselhoff.

HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat