KKM Timbang Guna ‘Wristband’ Pintar Bagi Kes Kuarantin – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan cadangan menggunakan gelang tangan pintar bagi menguatkuasakan arahan kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

“Wristband pintar… ya kita boleh pertimbangkan tetapi ada kos yang perlu kita lihat dan juga sekarang ini kita menggunakan aplikasi MySejahtera, juga dapat memberikan kita maklumat iaitu kita dapati ramai yang sepatutnya berada di rumah tetapi tiada di rumah.

“Contoh kes di Johor, polis datang di rumah untuk memastikan individu yang dikuarantin ada di rumah tetapi individu tersebut tiada di rumah. Jadi, polis akan tangkap dan bawa ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” katanya menjawab soalan pemberita dalam sidang media di sini, pada Selasa.

Mengulas mengenai isu gelang tangan dipercayai dibuang oleh individu bawah pengawasan (PUS), Dr Noor Hisham, memberi amaran mereka yang gagal menunjukkannya kepada pegawai kesihatan selepas selesai tempoh kuarantin, boleh didenda.

Sebelum ini, Hong Kong dilaporkan menggunakan gelang elektronik kepada mana-mana individu yang tiba di negara itu.

Gelang tangan tersebut dihubungkan menerusi aplikasi di telefon pintar dan akan digunakan bagi memastikan pemakai mematuhi arahan kuarantin dan hanya berada di rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat