Paknil tampil berbeza

- Advertisement -

ENGGAN mengabaikan teguran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sikap segelintir masyarakat yang mula mengabaikan amalan normal baharu dalam kehidupan, pengacara Datuk Aznil Nawawi tampil dengan kelainan sewaktu mempromosikan single terbaharunya di program Muzik-Muzik TV3 semalam.

Aznil atau lebih mesra disapa Paknil berkata, dia sanggup menukar pakaian dan mengenakan pelindung muka semasa membuat persembahan secara langsung selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri itu.

“Pada mulanya saya merancang untuk memakai pakaian berjenama untuk program itu, tapi selepas pengumuman Perdana Menteri mengenai kelonggaran kita menjaga prosedur operasi standard (SOP) sebab kita masih dalam PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), saya terus tukar rancangan dan memakai pelindung muka ke studio semasa buat persembahan lagu Apo,” katanya.

Menurut Paknil, dia turut mengambil kesempatan menyumbangkan pelitup hidung dan mulut serta pelindung muka kepada kru penerbitan pada malam itu.

“Terima kasih penerbit izinkan saya buat demikian. Saya turut edarkan pelindung muka dan ‘face shields’ untuk kru produksi,” katanya.

Menerusi perutusan khas semalam, Perdana Menteri meluahkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster jangkitan Covid-19 sepanjang tempoh PKPP.

Lebih-lebih lagi apabila ada yang mula mengabaikan penjarakan sosial dan tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam berikutan angka jangkitan dilihat semakin berkurangan.

Justeru itu, Muhyiddin memaklumkan kerajaan bakal mempertimbangkan langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam di negara ini.

H.Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat