Pemimpin PN Yang Didakwa Di Mahkamah Perlu Letak Semua Jawatan Dalam Parti? soal Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ‘memulangkan paku buah keras’ dengan mempersoalkan sama ada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang kini didakwa di mahkamah perlu meletakkan semua jawatan dalam parti.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat mengenai adakah pelantikan anggota pentadbiran tertinggi yang berdepan kes di mahkamah ketika ini menjejaskan agenda Malaysia Madani.

Lapor BH menjawab soalan itu, Anwar berkata, beliau mempunyai pendirian bahawa tindakan tidak boleh diambil berdasarkan pendakwaan sahaja sebelum penghakiman dibuat.

“Tindakan tidak boleh diambil berdasarkan pendakwaan sebelum penghakiman… ini pernah disebut oleh Ahli Parlimen Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dalam kenyataan tidak tegas ketika itu.

“Hari ini umpamanya ada ahli Yang Berhormat didakwa adakah perlu beliau meletak semua jawatan dan kedudukan dalam parti? Tentu jawapannya belum… tidak… begitu juga pendirian saya dalam kes ini,” katanya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan mendedahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, patuh kepada prinsip dan dasar kerajaan dengan menolak usul tindakan segera tanpa tender yang dibawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada beliau sebelum ini.

“Ada satu kes membabitkan syarikat GLC di bawah beliau yang mengusulkan beberapa tindakan segera tanpa tender… beliau sebaliknya menulis supaya patuh kepada arahan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, semua mesti mengikut proses tender.

“Ini kali pertama saya sebut, saya tidak maklum kepada beliau, saya beri jaminan tiada hasrat ganggu proses, ini cuma persepsi mungkin tepat yang disebut Pasir Mas… saya hanya boleh beri jaminan ia tidak menjejaskan prinsip dan dasar Malaysia Madani yang saya bangunkan,” katanya.

Konsep Malaysia Madani diperkenalkan Perdana Menteri sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Ia berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat