Takiyuddin Kena Belajar Buang Ego Diri Bila Jadi Orang Besar – Nik Abduh

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pernah dinasihati supaya “membuang ego” oleh bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh bagaimanapun tidak pasti sama ada Setiausaha Agung PAS itu ada mematuhi nasihat tersebut atau sebaliknya, lapor portal FMT.

“Saya kenal dia (Takiyuddin) sejak zaman Almarhum ayah saya lagi (Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan kami amat rapat. Dia kena belajar buang ego diri bila jadi orang besar.

“Itu nasihat ayah saya pada dia. Tak tahulah kalau dia tak tahu nasihat ayah ini,” kata Nik Abduh, dipetik dari laporan tersebut.

Menurut Nik Abduh, beliau meminta penjelasan pimpinan parti mengenai pengguguran Khairuddin Aman Razali sebagai AJK PAS Pusat sebelum ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Takiyuddin.

“Saya hanya tulis (di Facebook) selepas empat atau lima hari (selepas pengguguran Khairuddin) dan hanya selepas Datuk Seri SU Agung (Takiyuddin seolah) cabar Khairuddin secara terbuka dalam akhbar.

“Kawan kita dalam luka musibah, kita tambah lagi garam untuk tambahkan lagi musibah. Mana adab jamaah dan adab berkawan? Jangan ajar saya bab adab kalau kita lebih tak beradab.

“Kewajiban saya pertahan sahabat dalam susah. Itu sunah yang diajar oleh Nabi kita,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, pada 16 Januari lalu, Takiyuddin mencabar Khairuddin untuk menyatakan isu Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai punca beliau digugurkan dan berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.

Beberapa hari kemudian, Nik Abduh menerusi catatan di Facebook berkata, tindakan “orang besar parti” yang mencabar Khairuddin untuk menyatakan sebab pemecatannya adalah “buruk dan teruk”.

Dalam pada itu, Nik Abduh berkata, beliau tidak terkilan dengan pihak yang marah dengan penulisannya di Facebook, namun mereka harus bersikap adil.

“Saya tak pernah marah ahli PAS yang marahkan saya kerana tulisan itu atau mana-mana tulisan saya sebelum ini berkaitan parti. Itu tanda mereka sayang parti dan jamaah.

“Mereka dapat pahala, cuma nak marah saya sekali, kena marah juga SU Agung dua kali. Kalau 10 kali, dia mesti kena 20 kali, dia mula dulu, itu baru adil,” katanya.

Nik Abduh menjelaskan, semua pihak termasuk beliau dan Khairuddin sendiri menerima keputusan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menggugurkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu daripada Jawatankuasa PAS Pusat.

“Semua ahli PAS terima keputusan itu (pengguguran Khairuddin) termasuk tuan badan pun. Saya pun terima saja dan minta Khairuddin akur dan sabar,” katanya.

Sebelum ini Abdul Hadi berkata, Khairuddin yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS digugurkan kerana isu disiplin namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat