ADUN DAP Keluar Parti Untuk Elak Undang-Undang Anti Lompat – Pengerusi DAP Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengerusi DAP Sabah, Frankie Poon menafikan dakwaan bahawa dua ADUN DAP dan seorang bekas senator dari parti itu keluar parti kerana membantah cara kepimpinannya.

Frankie Poon sebaliknya mendakwa Justin Wong (Adun Sri Tanjong), Calvin Chong (Adun Elopura) dan Adrian Lasimbang (bekas senator) meninggalkan DAP untuk mengelakkan diri dari undang-undang antilompat parti yang akan diperkenalkan selepas ini, lapor Malaysiakini.

“Perletakan jawatan wakil rakyat terbabit semata-mata helah mereka sebelum rang undang-undang antilompat parti dibentangkan dan diluluskan parlimen pada Feb dan Mac ini.

“Mungkin mereka ada rancangan sendiri. Mungkin undang-undang antilompat yang dicadangkan hanya mempercepatkan rancangan itu,” katanya, dipetik dari laporan berkenaan.

Semalam, ketiga-tiga pemimpin DAP itu mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti dengan alasan sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan Frankie Poon memimpin DAP Sabah.

Menurut mereka, wujud “perpecahan dalaman yang serius” dan masalah komunikasi yang mendorong mereka bertindak sedemikian.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Frankie Poon menyangkal dakwaan yang mengaitkan DAP Sabah sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman dan isu komunikasi.

Sebaliknya, dia berkata, Wong yang sering tidak hadir dan terlepas mesyuarat parti.

Frankie Poon seterusnya mendakwa Chong pula salah sendiri apabila gagal dipilih menganggotai Jawatankuasa DAP Sabah walaupun sudah mencuba beberapa kali, kata laporan itu lagi.

Sementara itu, Poon berpendapat Wong dan Chong patut meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat kerana meninggalkan parti yang membawa mereka terpilih memasuki Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Mana-mana Adun yang meninggalkan parti untuk menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai parti lain kemudiannya adalah melakukan kesalahan menyalahgunakan mandat rakyat.

“Jika mereka tidak berpuas hati, maka mereka harus meletakkan jawatan sebagai Adun yang dipilih. Itulah tindakan mulia untuk mereka dilakukan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat