Lorong Tol Pilihan: PM Tak Memihak Kepada Kapitalis

KUALA LUMPUR – Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan pengguna lebuh raya diberi diberi pilihan sama ada menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG), atau smart tag untuk pembayaran tol disambut baik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii menghargai ketegasan Perdana Menteri yang dianggap cukup prihatin dengan masalah pengguna lebuh raya jelas membuktikan beliau mengamalkan dasar mementingkan Keluarga Malaysia dan tidak berpihak kepada kapitalis yang melampau.

Katanya tindakan Ismail Sabri ini jelas membela rakyat bukannya syarikat RFID.

“Kita bersyukur kerana Perdana Menteri cukup prihatin dengan masalah ini. Dasar beliau yang terus mementingkan Keluarga Malaysia dan tidak berpihak kepada kapitalis yang melampau telah membuktikan rakyat terus dibela,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Razlan, Perdana Menteri amat prihatin dan mengambil berat isu rakyat, keputusan diambil dengan pantas dan berpihak kepada rakyat.

“Rakyat tidak boleh dibebani dengan kaedah pihak swasta yang mahu memaksa pengguna berpindah kepada RFID dengan keuntungan yang melampau.

“Banyak syak wasangka terhadap tindakan Plus dan TnG apabila mahu menghapuskan SmarTag dan mahu mengantikan dengan RFID.

“Kempen dua tahun dijadikan alasan untuk TnG mengenakan caj RM35 terhadap setiap RFID, sepatutnya apabila jumlah pengguna lebuh raya PLUS diaktifkan, ada banyak cara boleh diteruskan pemberian percuma RFID, boleh sahaja buat kempen berterusan di plaza-plaza tol untuk kempen kesedaran pengguna terhadap penggunaan RFID.

“Sudah pasti rakyat akan beralih kepada RFID dari Smartag, tidak perlu menukar bateri dan lain-lain,” jelas beliau.

Dalam pada itu Razlan mengemukakan cadangan supaya TnG teruskan memberi percuma RFID dan kempen diteruskan di plaza-plaza tol Plus.

“Dapatkan data secukupnya berkenaan statistik penggunaan di plaza tol dan sekira baki pengguna SmartTag berbaki 10 peratus berulah boleh dicadangkan untuk melupuskan penggunaan SmartTag.

“Syarikat TnG adalah sebuah syarikat yang diberi hak untuk mejalankan perniagaan perkhidmatan pembayaan dan boleh dikatakan secara menopoli. Pengguna tidak perlu menangung kos-kos seperti RFID.

“Keputusan untuk meneruskan SmartTag dan memberi pilihan kepada rakyat yang diarahkan oleh Perdana Menteri telah meredakan keadaan ini,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan konsesi lebuh raya tidak wajar memberi tekanan kepada pengguna lebuh raya memandangkan RFID masih lagi di peringkat ‘pilot project’.

“Kalau ada 10 lorong beberapa lorong untuk RFID, lorong lain masih lagi TnG dan juga smart tag.

“Jadi kita tak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya, berikan mereka kebebasan memilih.

“Ini saya dimaklumkan sebagai ‘pilot project’ jadi sama lah serahkan kepada pengguna untuk buat pilihan. Akhirnya kalau mereka rasa RFID mudahkan perjalanan, mereka boleh migrate,” tegas Perdana Menteri.