Tarik semula pengundi tegar BN jika mahu menang – Veteran UMNO

- Advertisement -

KEMAMAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Datuk Abu Bakar Ali berkata parti itu perlu mencari punca sebab Parlimen Kemaman yang sebelum ini kubu kuat UMNO kini ditawan Perikatan Nasional dengan jumlah yang tinggi.

Lapor Bernama, katanya, bagi mempastikan kemenangan pada PRK ini,  Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras sepanjang dua minggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman untuk menarik semula kepercayaan penduduk Kemaman yang pernah menjadi pengundi tegar UMNO dan BN sebelum ini.

“Tiba-tiba kita kalah dengan majoriti begitu tinggi, 27,000. Kali ini tak perlu cari 27,000 nak lawan dia, kita nak cari separuh daripada itu, sekitar 14,000 penyokong kuat UMNO yang tiba-tiba lari kepada PAS sekiranya kita nak menang

Itu sahaja caranya, kerja sungguh-sungguh untuk tarik balik, buat la cara macam mana, aktiviti perjumpaan, kita tarik balik dia kerana dia sebenarnya nak UMNO tetapi mungkin ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan kepimpinan atau lari kepada PAS kerana terima hasutan dan janji,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baru Kerteh, di sini selepas calon BN Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meluangkan masa menyantuni beliau yang merupakan veteran UMNO Terengganu dan telah berkhidmat sebagai ADUN Kemasik selama lima penggal dari 1986 hingga 2008.

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Dis ini sebagai hari mengundi dan 28 Nov untuk mengundi awal menyaksikan bekas Panglima Angkatan Tentera itu berdepan pertembungan satu lawan satu dengan calon PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan Che Alias Hamid daripada PAS pada PRU15.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat