Transformasi Digital, Kejayaan KPI 100 Hari Pertama KDN- Hamzah

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Selari dengan tema Hari Pendaftaran Negara yang ke-73, iaitu “JPN 73 Tahun: Transformasi Digital”, Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited dalam memastikan pendigitalan urus tadbir kerajaan dan mengurangkan karenah birokrasi.

Bagi menjayakan hasrat itu, satu Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM) dibangunkan kementerinya bertujuan sebagai sistem perkongsian pintar antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika berucap dalam Majlis Perasmian Hari Pendaftaran Negara ke-73 secara dalam talian menyatakan, kementeriannya sentiasa peka dengan keperluan semasa rakyat dan bersedia membangunkan sistem-sistem lain yang diperlukan rakyat daripada semasa ke semasa.

“SPDIM ini memudahkan proses pengesahan kematian yang dilaporkan di 690 Balai Polis di seluruh negara dan melibatkan kematian yang tiada berunsur jenayah di rumah”.

“Melalui sistem ini, rakyat tidak perlu menunggu lama seperti kaedah yang terdahulu”.

Tambahnya, JPN akan menggunakan SPDIM dalam membuat pengesahan kematian secara dalam talian. Sekaligus mempercepatkan proses pendaftaran dan pengeluaran sijil kematian kepada waris dapat dikeluarkan pada hari yang sama kematian dilaporkan.

Mengulas lanjut dakwaan bahawa maklumat rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia tidak dikemaskini dalam sistem JPN khususnya mereka yang berumur 90 tahun ke atas, Hamzah menjelaskan satu Pasukan Petugas Khas akan ditubuhkan bagi menyemak dan mengemaskini maklumat dan status individu terbabit.

Selain itu, Hamzah berkata, bagi meningkatkan tahap keselamatan dan memperkasa MyKad, pembangunan Digital ID akan diperkenalkan dengan menggunakan teknologi terkini biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris bagi rakyat menjalankan urusan dalam talian.

“Pengesahan individu secara digital ini adalah penting bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian yang boleh merugikan negara”

Walaubagaimanapun menurutnya, pelaksanaan Digital ID tidak menggantikan MyKad sedia ada sebagai dokumen pengenalan diri yang utama, sebaliknya ia akan memperkukuhkan keselamatan MyKad.

“Alhamdulillah, ini semua adalah KPI 100 hari pertama yang telah dicapai oleh KDN”, ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat