Tanah Runtuh Di Simpang Pulai Tidak Babitkan Daerah Cameron Highlands – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan, tanah runtuh yang berlaku sehingga jalan Simpang Pulai ditutup tidak membabitkan daerah Cameron Highlands.

Sebaliknya kata beliau, kejadian tanah runtuh itu ialah di KM 43.95 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang berada dalam daerah Kinta, Perak akibat kegagalan cerun. Susulan itu, laluan berkenaan ditutup sepenuhnya sejak semalam.

“Saya kesal dengan beberapa hantaran dalam media sosial mengaitkan kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan penutupan jalan Simpang Pulai-Blue Valley ketika ini, adalah dalam daerah Cameron Highlands.

“Saya juga kesal dengan paparan video di media sosial mengaitkan banjir lumpur yang kononnya turut berlaku di Cameron Highlands sedangkan ia berlaku di tempat lain.
Saya berharap dengan penjelasan ini, rakyat tidak terkeliru dengan apa yang sebenarnya berlaku khususnya yang melibatkan kawasan popular seperti tanahtinggi Cameron Highlands.” jelas Wan Rosdy melalui kenyataan medianya.

Terdahulu, laluan Persekutuan dari Simpang Pulai di sini ke Blue Valley, Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada semua trafik berikutan kejadian jalan runtuh di Kilometer 43.95 laluan berkenaan semalam, akibat hujan lebat berterusan.

Kejadian berlaku di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Raya Simpang Pulai, melibatkan runtuhan jalan sepanjang kira-kira 30 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dalam kenyataan memaklumkan, penutupan jalan bermula pukul 9 malam tadi.

Berikutan penutupan laluan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 iaitu Jalan Tapah ke Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat