Covid-19: Singapura Catat Lebih 1,000 Kes Baharu, Tertinggi Dalam Tempoh 17 Bulan

- Advertisement -

SINGAPURA merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 1,000 selepas tiga hari berturut-turut kes meningkat di republik itu, pada Ahad.
Sebanyak 1,012 kes baharu dicatatkan, tertinggi dalam tempoh 17 bulan selepas merekodkan 1,037 kes pada 23 April tahun lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, satu lagi kematian direkodkan membabitkan lelaki berusia 90 tahun yang belum divaksinasi serta mempunyai sejarah penyakit kanser, jantung dan pneumonia.

Lelaki terbabit disahkan positif COVID-19 pada 17 September lalu selepas dibawa ke pusat penyakit berjangkit kebangsaan pada hari sama berikutan mempunyai gejala.

Singapura kini mencatatkan 60 kes kematian akibat COVID-19.

Daripada 1,009 kes baharu itu, 926 kes adalah jangkitan dalam komuniti sementara 78 lagi membabitkan penghuni asrama selain terdapat lima kes import.

Ketika ini 863 kes sedang dirawat di hospital dengan 105 pesakit yang mempunyai penyakit klinikal memerlukan bantuan oksigen dan 18 lagi ditempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah pesakit kritikal itu, 100 daripadanya adalah individu berusia lebih 60 tahun.

Sejak 28 hari lalu, kira-kira 89.1 peratus adalah kes jangkitan tempatan tanpa gejala atau bergejala ringan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat