Kekang berita palsu, Annuar jumpa editor media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa semalam mengadakan pertemuan dengan editor-editor kanan media supaya dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Katanya, libat urus ini penting bagi mengekang berita palsu.

“Semalam saya ambil masa utk berbincang hati ke hati dengan editor kanan media tertentu agar dasar dasar kerajaan dapat disampaikan dgn lebih berkesan.

“Kita amat terpanggil dengan berkembangnya budaya menyebarkan berita tidak benar,separa benar dan berita palsu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Annuar, kerjasama semua akan membolehkan perkara sedemikian diatasi.

“Libat urus yang berterusan adalah cara terbaik memupuk muafakat dan kerjasama,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat