Rafizi ketuai jentera PRU-15 PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan Rafizi Ramli sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Hal ini susulan Timbalan Presiden itu dilantik mengetuai pasukan perang pilihan raya pada mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025, malam tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata Rafizi akan dibantu beberapa Naib Presiden dan pengarah pilihan raya yang lalu, Fuziah Salleh.

“Rafizi akan diberi wewenang (kuasa untuk berbuat sesuatu) untuk bergerak secepat mungkin untuk memperkuatkan jentera pilihan raya parti.

“Mesyuarat pertama MPP ini membincangkan soal dan dasar hala tuju parti dan sebagainya.

“Kita bermula dengan menyusun barisan kepimpinan yang baharu, selain yang sudah diberikan mandat dalam pemilihan parti seperti diumumkan pada Kongres Nasional PKR 2022 yang berakhir Ahad lalu,”katanya malam tadi.

Mesyuarat itu berlangsung selama 1 jam 30 minit berakhir pada kira-kira jam 10 malam.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan untuk naib-naib presiden, Perlembagaan Parti memperuntuk tiga pelantikan termasuk seorang yang mewakili Sabah dan Sarawak.

“Justeru saya mencadangkan pelantikan Nurul Izzah Anwar, Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, K Saraswathy dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari sebagai Naib Presiden.

“Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kita beri meneruskan tugas Setiausaha Agung, manakala Bendahari Agung pula ialah William Leong.

“Ketua Setiausaha Pengelola, iaitu jawatan yang diperuntukkan dalam perlembagaan yang mesti dilantik dalam kalangan ahli MPP, iaitu Zahir Hassan dari Wilayah Persekutuan,” katanya lapor BH.

Katanya, mesyuarat MPP juga melantik lima ahli MPP yang juga dilantik kali ini dan dipersetujui iaitu Manivannan Gowindasamy, tokoh lama bergerak dalam parti, Christina Liew dari Sabah (Ahli Parlimen Tawau), Rodziah Ismail (Exco Selangor lama berkecimpung dalam kegiatan wanita.

“Turut dilantik Abun Sui Anyit dari Sarawak dan seorang tokoh muda dari Johor yang bergerak aktif dalam AMK, walaupun dia sekarang Ketua Cabang Tebrau, R Yusneswaran,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat