KDN, SPRM harus siasat KM Pulau Pinang – Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Heboh apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tertipu ada syarikat ‘murah hati’ kononnya mahu mendermakan dua juta dos vaksin Sinovac sebenarnya tidak wujud.

Susulan itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 2 juta dos dan dianggarkan melibatkan wang berjumpah RM240,000,000 bersamaan hampir suku billion.

Ujar beliau, negara bernasib baik kerana ada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memeriksa dahulu sebelum bertindak mengikut cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Dijelaskan oleh YB KJ sumbangan yang ditawarkan adalah scam atau bogus yang telah mengwujudkan situasi fitnah, sentimen dan imej buruk kepada kerajaan pusat di mana Ketua Menteri Pulau Pinang bebas melakukan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab dengan niat mewujudkan kecelaruan dalam negara.

“(SPRM) siasat kenapa si polan dan si polan mempunyai dana sebesar ini, kemungkinan ada satu lagi projek ghaib seperti terowong atau banglo yang akan diberikan sebagai imbuhan timbal balas.

“Pergi siasat la, tak perlu tunggu laporan, kan ini kepentingan negara,” desak Razlan.

Bahkan beliau turut mengesa Menteri Undang-undang untuk kaji apa bidang kuasa dan fungsi dalam darurat yang boleh diambil tindakan terhadap gerakan propaganda Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Menurut Razlan, kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan seorang Ketua Negeri mewujudkan kacau bilau terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi sekarang waktu yang amat kronik dengan kes mencecah angka 6,000, justeru itu, setiap kementerian buat kerja, bukan sekadar berpeluk tubuh.

Razlan menambah, satu Malaysia bercelaru apabila Ketua Menteri DAP Pulau Pinang dan Bekas Ketua Menteri DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat tidak memberikan kebenaran vaksin untuk rakyat Pulau Pinang.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang menuduh kerajaan Pusat menolak sumbangan vaksin dari individu yang sudah mendapat kelulusan dari Sinovac sebanyak 2 juta dos.

” Sekiranya rakyat membuat video atau penulisan yang seperti ini, sudah pasti akan ditangkap dan dipanggil untuk disoal siasat, namun ianya bukan untuk seorang Ketua Menteri DAP walaupun dari segi impak, semua lebih maklum bahawa ianya lebih besar dan mendapat liputan seluruh negara dan juga melibatkan kedaulatan sebuah negara jiran iaitu China yg mempunyai hubungan baik dengan kita selama ini,” tegas Razlan.

Bahkan katanya, Guan Eng memaki Menteri Perikatan Nasional (PN) dengan ayat “kepala otak dia” dan menuduh Kerajaan PN melakukan jenayah.

“Sebagai rakyat biasa, saya nak menegaskan agar Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN), silalah buat siasatan, apa niat buruk Ketua Menteri sehingga mahu mewujudkan suasana tidak yakin kepada kerajaan pusat,” pinta beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat