Nilai R-naught negara naik 1.10, Kedah, Terengganu tertinggi dengan 1.27.

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan untuk tiga hari berturut-turut.

Angka itu naik pada kadar 1.10 pada Rabu berbanding 1.08 hari sebelumnya.

Kedah dan Terengganu masing-masing mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.27.

Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Pahang, Labuan, Perak, Melaka dan Johor.

Ini termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Putrajaya dan Sabah.

Kelantan dan Sarawak merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Sementara itu, Perlis satu-satunya negeri mencatatkan enam kes baharu Covid-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat