Kes Penipuan Jualan Topeng Muka Akibatkan Kerugian RM4.2 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis memandang serius kes melibatkan penipuan penjualan topeng penutup mulut dan hidung, yang diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penipuan melibatkan penjualan topeng penutup mulut dan hidung itu mencecah kira-kira RM4.2 juta, yang menggunakan modus operandi secara media sosial dan bersemuka.

“Saya nasihatkan orang ramai terutama pembeli yang menerima tawaran jualan murah topeng penutup muka dan hidung itu supaya membuat semakan akaun bank penjual terlebih dahulu.

“Jangan terus percaya atau beli dan buat pembayaran secara atas talian. Sebaliknya semak dahulu menerusi portal “Semakmula” Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau layari www.biztrust.ssm.com.my terlebih dahulu,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa PKP masih berjalan seperti biasa tanpa ada sedikit pun kelonggaran dari segi arahan, syarat mahupun peraturan.

Kata beliau, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya keluar dari rumah dan berada di merata tempat termasuk di jalan raya kerana PKP masih berkuatkuasa dengan hukuman yang lebih tegas.

“Saya nak ingatkan orang ramai, PKP masih berjalan seperti biasa. Mereka keluar rumah dan menjalani aktiviti sepertia biasa seolah PKP sudah habis.

“PKP belum tamat. Polis dan pihak berkuasa akan terus menangkap mereka yang ingkar dan tindakan keras akan diambil,” katanya merujuk kepada jumlah kumulatif tangkapan sepanjang PKP yang mencecah 15,924 individu,” katanya.

Mengenai warga asing yang ditahan sepanjang PKP, Ismail Sabri menyatakan, bagi yang mempunyai dokumen lengkap, mereka dikenakan tindakan sama seperti warga tempatan iaitu ditahan, reman dan didakwa di mahkamah.

Katanya, bagi yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, mereka ditahan dan dihantar ke depoh tahanan Imigresen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat