Demam ‘Hantu Wahabi’, Jangan Baca Buku Hamka, Kata Mufti Perlis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menzahirkan rasa kagum terhadap ketinggian ilmu Prof Dr H Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.

Menurut Asri, walaupun tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di mana-mana universiti, namun keilmuwan Hamka jauh mengatasi ahli akademik yang ada.

“Apabila saya membaca buku ini saya merasa sangat kagum dengan keluasan dan ketinggian ilmu Prof Hamka. Buku ini antara buku yang lewat beliau tulis.

“Ia ditulis pada usia sekitar lebih 60 tahun. Ia menunjukkan ketinggian akademik beliau dalam pelbagai bidang. Ahli-ahli ilmuwan patut membaca buku ini. Pelbagai isu metodologi kajian dan fakta sejarah dibahas dengan keanggunan ilmu beliau.

“Walaupun beliau tidak pernah ke universiti, keilmuannya mengatasi kebanyakan ahli akademik yang memakai pelbagai gelaran,” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Asri berkata demikian ketika mengulas karya tulisan Hamka di dalam buku ‘Antara Fakta Dan Khayal, Putera Rao’.

Asri turut menyifatkan ulama ulung berasal dari wilayah Sumatera Barat itu sebagai Tokoh Ilmuwan Dunia Melayu Islam.

“Pelbagai isu sejarah kaum salafi dan sufi diberikan penilaian secara adil dan bersikap terbuka menghargai jasa setiap pihak. Kritikan kritis juga menyulami tulisan ini.

“Terus terang saya katakan, buku ini menjadikan saya benar-benar melihat Buya Hamka sebagai tokoh ilmuwan Dunia Melayu Islam yang sukar ditandingi.

Di akhirnya tulisannya, Asri turut memberi peringatan agar kumpulan ‘anti wahabi’ untuk tidak membaca karya tersebut.

“Peringatan: Buku ini tidak sesuai dibaca oleh sesiapa yang terkena demam ‘hantu wahabi’ sebab Prof Hamka dengan jelas membela golongan yang dituduh wahabi.

“Bahkan lebih dari itu, beliau membela gerakan wahabi itu sendiri. Ini tidak hairan kerana Buya Hamka itu memang aktif dengan Gerakan Muhammadiyah sehingga ke akhir hayatnya.

“Cerita Hamka berubah aliran pada akhir usianya tidak mempunyai sandaran rujukan fakta yang boleh dipegang,” tegasnya pula. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat