Polis pantau Mawla Amin, pengikut bina ‘Kerajaan 9’ di Melaka konon persiapan akhir zaman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi, dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku dirinya jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya.

Pemantauan itu termasuklah sebuah madrasah di Selangor yang aktif mempromosi Mawla Amin dengan mengutip dana awam secara tidak sah.

Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah kira-kira 11 hektar.

“Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mawla Amin terbabit bersama pengikutnya.

“Madrasah terbabit juga apa yang diketahui membeli tanah di Melaka hasil kutipan dana daripada pengikutnya dan orang ramai bagi membina perkampungan terbabit,” lapor Harian Metro.

Difahamkan perkampungan dinamakan ‘Kerajaan 9’ yang bakal dibina di Melaka itu didakwa sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikut Mawla Amin.

Tanah yang baru dibeli tersebut dilaporkan milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka. Perkampungan itu dikatakan akan menjadi penempatan individu dari luar yang diangkat menjadi Imam Mahdi.

Madrasah terbabit juga terpalit dengan salah laku membabitkan mudirnya memukul pelajar, tidak memberikan makan dan dipaksa tidur dalam tandas.

Dalam pada itu, akhbar itu turut melaporkan Ketua Zawiyah al-Wazaniyah di Maghribi, Sharif Wazani Tayeb nafi mengenali Mawla Amin.

“Dia (Mohamed Amin Ouradj yang juga dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani) bukan daripada keluarga kami (Keluarga Wazani, Ahlul Bait), saya tidak kenal dia, saya bukan pak cik dia,” ujar beliau.

Tambah beliau, individu berkenaan ada hadir di Zawiyah Wazani sama seperti orang lain untuk mengambil gambar. Kemudian, gambar itu dipercayai digunakan kononnya ‘bukti’ beliau adalah keturunan Wazani.

Untuk makluman, Wazani adalah nama keluarga ‘Ahlul Bait’ yang diasaskan oleh Muleh Abdullah Syarif.

Sharif Wazani Tayeb adalah keturunan Hassan bin Ali yang ke-34 dan Zawiyah Wazaniyah ialah badan bertanggungjawab untuk menjaga nasab keturunan Nabi Muhammad S.A.W di Maghribi.

Beliau menegaskan lelaki itu jelas melakukan penipuan dengan mengaku dirinya berketurunan Wazani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat