Tun M masih di IJN, semakin pulih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut jurucakap kepada bekas Perdana Menteri itu, pada ketika ini, Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.

Dalam pada itu, turut dikongsikan gambar terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar dan kelihatan segar.

“Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menjalani rawatan di IJN sejak 26 Januari 2024.

“Beliau masih masih lagi dalam proses pemulihan,” katanya.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, tidak dapat dipastikan bila Dr Mahathir akan dibenarkan discaj, sehingga pihak IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan beliau.

“Saya tidak boleh beritahu bila Dr Mahathir dibenarkan keluar, buat masa ini kecuali IJN puas hati dengan tahap pemulihan beliau,” katanya menerusi pesanan ringkas WhatsApp pada Selasa.

Terdahulu media pada Isnin melaporkan gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini Dr Mahathir adalah palsu.

Pihak IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam masa terdekat.

Dr Mahathir yang akan mencecah usia 99 tahun pada 10 Julai depan dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat