Anwar tak patut tersinggung ucapan ceramah politik – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya tersinggung dengan kritikan dan pertanyaaan yang dibangkitkan dalam ceramah politik.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Anwar selaku ketua Kerajaan Perpaduan, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri tidak harus tersinggung terhadap kritikan juga pertanyaan yang disuarakan dalam ceramah.

Menurut Muhyiddin, beliau dan Anwar adalah tokoh awam dan pemimpin parti masing-masing yang sentiasa berhadapan dengan dakwaan yang mungkin disalah nyata, disalah sebut atau diambil di luar konteks oleh media.

Jelas bekas perdana menteri itu, ucapannya ketika ceramah ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak memfitnah Anwar sebaliknya ia adalah suatu komen yang adil.

Muhyiddin berkata, ucapan beliau itu adalah sebahagian daripada kempen politik untuk menyokong seorang calon PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ketika itu.

“Plaintif (Anwar) sepatutnya secara terbuka dan sepenuh hati menjawab pertanyaan yang ditimbulkan dan menafikan sebarang dakwaan yang saya dakwa, sebagai palsu.

“Keseluruhan ucapan pada ceramah itu diterbitkan semula di akaun Facebook saya di bawah nama ‘Muhyiddin Yassin’. Saya tidak secara peribadi mengawal atau memuat naik sebarang bahan daripada akaun Facebook saya.

“Saya tidak mempunyai pengetahuan atau kawalan mengenai akaun TikTok di bawah nama “@beritakini8″, yang memuat naik video ucapan terbabit,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang pengurusan, kawalan atau kuasa atas mana-mana penerbitan artikel yang diterbitkan MalaysiaKini bertajuk “MB’s aide to Muhyiddin: Anwar paid RM1 as S’gor economic adviser”.

Melalui saman difailkan pada 5 Disember tahun lalu, Anwar berkata kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu dalam ucapan itu antaranya membawa maksud beliau tidak boleh dipercayai dan tidak jujur berhubung penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dan menipu orang ramai dengan menyatakan menerima gaji RM1.

Muhyiddin berkata, kenyataan fitnah itu dirancang terlebih dahulu bertujuan memperlekeh, memfitnah dan merendahkan reputasi serta perwatakannya secara serius, selain memburukkan nama baiknya.
Katanya, Muhyiddin jelas berniat jahat dengan tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri (Abdul) Khalid Ibrahim ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang menyatakan bahawa gajinya selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat