MCA Mempunyai Suara Yang Kuat Dalam Kerajaan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MCA mempunyai suara yang kuat dalam kerajaan dan telah membuktikan bahawa ia adalah rakan setia UMNO sejak penubuhannya pada 27 Februari 1949, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya hasil ‘consociational democracy’ yang berlandaskan kepada kepelbagaian dan kesederhanaan, serta dibawah kepimpinan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, MCA telah menunjukkan pelbagai perkembangan yang positif.

“Di bawah kepimpinan beliau, Jawatankuasa Pusat MCA telah memutuskan untuk parti itu kekal dalam BN untuk ‘mencipta suasana politik yang demokratik, pelbagai dan moderat’.

“Syabas MCA! Terapkanlah dalam jiwa ahli-ahli muda MCA mengenai sejarah, asal-usul, tradisi dan sistem yang telah dibentuk oleh para pengasas parti. Kesederhanaan, keadilan, kesaksamaan dan pandangan jauh mendiang Tun Tan Cheng Lock, harus sentiasa dijadikan panduan,” katanya dalam ucapan beliau secara maya pada Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68 hari ini.

Menurutnya, pindaan perlembagaan MCA menerima kemasukan ahli bersekutu pelbagai kaum meunjukkan ia merupakan sebuah parti yang mempromosikan semangat kepelbagaian dan kesederhanaan serta berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau turut menyatakan keyakinan, dengan kerja keras setiap ahli parti serta semangat setiakawan dalam BN, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk MCA mengalahkan lawan mereka terutamanya calon-calon DAP pada PRU15 nanti.

“Kita melihat MCA semakin menyerlahkan kematangan dalam berpolitik. Paling menonjol adalah resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung MCA Ke-67 pada Mac lepas yang menyeru semua parti menghentikan segala bentuk percaturan politik, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap usaha-usaha membendung penularan pandemik COVID-19, membantu rakyat serta memulihkan ekonomi negara.

“Terapkanlah ke dalam jiwa ahli-ahli muda MCA mengenai sejarah, asal-usul, tradisi dan sistem yang telah dibentuk oleh para pengasas parti.

Tambahnya lagi, MCA tidak perlu berasa begitu terancam dengan DAP sehingga merasakan bahawa mereka perlu menunjukkan sikap yang lebih chauvinistik.

Ismail berkata, kerjasama konstruktif Melayu-Cina melalui UMNO dan MCA telah terbukti lebih menguntungkan masyarakat Cina berbanding pendekatan agresif oleh DAP.

“Sebaliknya DAP yang perlu berasa terancam kerana di bawah era pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan, telah terbukti sifat keterlaluan DAP tidak mampu untuk memenangi hati rakyat pelbagai bangsa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat