Banjir: PM Umum RM100 Juta Pasca Banjir, RM1,000 Setiap Ketua Isi Rumah

- Advertisement -

KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk membaiki rumah dan infrastruktur yang telah rosak akibat banjir.

“Peruntukan awal RM100 juta disediakan untuk membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat banjir.

“Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi tujuan ini. Peruntukan ini akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan.” katanya melalui sidang media, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah yang terkesan akibat banjir ini dan bayaran bantuan ini akan disegerakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana ini.

Dalam sidang media itu juga, Ismail Sabri mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

“Untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau “paid leave”, dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.” ujarnya lagi.

Selain itu, umum Ismail Sabri lagi, penyaluran bantuan RM50 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) akan disegerakan bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terkesan akibat banjir.

“Saya juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya institusi perbankan bersedia untuk menawarkan program bantuan pembayaran bagi peminjam-peminjam yang terkesan akibat banjir.’ tegasnya-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat