Bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 Fasa Dua Mulai 23 November – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Komitmen kerajaan membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro diteruskan dengan bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 fasa dua di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM500, yang akan disalurkan mulai 23 Nov ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran itu adalah lanjutan daripada bayaran fasa satu sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September lepas dan bakal memanfaatkan lebih satu juta PKS mikro yang layak.

“Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik COVID-19.

“Inisiatif ini akan melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 22 Nov melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my.

Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih satu juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

“Kerajaan berharap agar bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka yang merupakan sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat