PKPB: Mesyuarat MN Malam Ini dan MT UMNO Esok Dibatalkan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) yang dijadualkan berlangsung malam ini di Menara Dato’ Onn telah dibatalkan pada saat akhir.

Memetik laporan Awani, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, yang juga Setiausaha Agung Bersama Sekretariat MN mengesahkan pembatalan tersebut.

“Ya,” ujar Ahli Parlimen Ketereh itu bila ditanya mengenai pembatalan berkenaan.

Awal hari ini Annuar dilaporkan berkata, mesyuarat itu akan membincangkan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah ke dalam MN.

Memetik laporan sama, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan esok juga dilaporkan ditunda.

Laporan itu berkata, menurut mesej yang telah tular, mesyuarat berkenaan ditangguhkan sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Mesej itu, yang dilaporkan hanya untuk tatapan Ahli MT UMNO sahaja, memaklumkan kebimbangan pimpinan parti tentang persepsi negatif yang mungkin timbul di kalangan rakyat jika mesyuarat diteruskan, terutamanya dari sudut Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB.

Awani berkata, sumber yang rapat dengan kepimpinan UMNO mengesahkan mesej itu adalah sahih, tapi enggan mengulas lanjut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat