Netizen Berpantun Luah Rasa Kecewa Terhadap Air Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi medan netizen untuk meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap pengurusan kerajaan negeri Selangor berhubung isu gangguan bekalan air di negeri itu.

Terdahulu pengendali laman FB tersebut memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan serangkap pantun mengenai air.

“Jika memetik buah petola,
Ambil biji jadikan benih,
Jika keruh air di muara,
Seribu tahun tidakan jernih,” memetik bait rangkap pantun tersebut.

Rentetan itu, ruangan komen di muatnaik tersebut dihujani pelbagai jenis pantun yang mengkritik kerajaan negeri Selangor kerana gagal menyelesaikan isu gangguan bekalan air yang telan melanda warga Lembah Klang sejak sekian lama.

“Tinggi-tinggi pokok betik,
Tinggu lagi pokok nyor,
Pasal air jangan di petik,
Kelak marah rakyat Selangor, balas Izuan Isha.

“Mari memetik buah petola,
Isi ke raga sampai penuh,
Air Selangor jangan main gila,
Orang nak mandi ni…jenuuhhh!!,” bidas Asli Masri pula.

Malah tidak kurang juga ada yang menyindir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam isu tersebut.

“Rambut kembang serupa hantu
Ada hati nak berlagak cool
Rakyat Selangor airnya dicatu
Rumah MB ada swimming pool,” bidas Fais Al-Hajari.

Sehingga kini muatnaik tersebut telah menerima hampir lapan ribu tanda suka, menerima 1,800 perkongsian dengan 1,000 rangkap pantun.

Awal pagi tadi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengeluarkan arahan henti tugas di empat loji rawatan air (LRA) iaitu di LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang ekoran pencemaran di Sungai Selangor.

Berikutan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual kembali berulang melibatkan 1,196,457 akaun pengguna di 1,292 kawasan dalam wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat