Ketua Pemuda Gesa Gencatan Politik Demi Rakyat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Gencatan adalah langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh semua ahli politik pada masa sekarang bagi menjaga kesejahteraan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tumpuan Agenda Perdamaian Nasional dapat meletakkan perbezaan yang ada dalam kalangan ahli politik.

”Agenda perpaduan nasional yang dimaksudkan ini bukanlah bermakna kita mencairkan identiti mahupun ideologi perjuangan parti masing-masing.

”Sebaliknya, Agenda Perdamaian Nasional ini memberikan keutamaan kepada parti-parti politik untuk menangguhkan seketika persengketaan yang tajam dalam soal perebutan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Asyraf berkata, perlu ada iltizam politik, komitmen politik dan kejujuran politik jitu untuk menjayakan agenda ini secara bersama.

“Perlu ada ‘political will’ (iltizam politik), ‘political commitment’ (komitmen politik) dan ‘political sincererity’ (kejujuran politik) yang jitu untuk menjayakan agenda ini secara bersama.

“Jangan nanti kita dihukum oleh rakyat yang semakin mual dengan sikap politikus yang berterusan berbalah isu-isu politik kuasa bagaikan tiada penghujung,” ujarnya lagi.

Beliau menjelaskan senario semasa benar-benar meresahkan semua pihak apabila kes COVID-19 kian meningkat, rakyat makin susah, ekonomi negara makin menguncup, pengangguran makin memuncak dan ramai hilang punca pendapatan bahkan yang miskin.

Katanya, ramai yang beliau temui menyatakan kebimbangan dengan ‘unprecedented phenomenon’ atau fenomena unik yang tidak pernah dialami, begitu mencabar dan mengancam kesejahteraan semua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat