Lima MP Pejuang kemuka usul undi tak percaya kepada PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lima Ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sepakat membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Penaja Pejuang, Dr Maszlee Malik menegaskan, keputusan sebulat suara ini diambil kerana kegagalan Perdana Menteri mentadbir kerajaan sewaktu pandemik Covid-19 dan juga keraguan terhadap bilangan majoriti yang dipunyai oleh Muhyiddin.

“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Penaja Pejuang pada 15 Oktober 2020 telah memutuskan agar kelima-lima ahli perlimen Pejuang membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Kelima-lima Ahli parlimen Pejuang yang telah menghantar usul undi tidak percaya tersebut kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

“Terdiri daripada Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Jerlun,Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat