11 MP Parti Amanah Kemuka Usul Tak Percaya Muhyiddin

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

PETALING JAYA – 11 Ahli Parlimen Amanah hari ini memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menyusuli tindakan sama oleh ahli-ahli Parlimen yang menyokong bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Hasanuddin Mohd Yunus memaklumkan usul ini dibuat atas kerelaan wakil-wakil rakyat terbabit dan bukan atas arahan pucuk pimpinan parti.

“10 ahli Parlimen Amanah sudah mengutuskan usul berkenaan secara bersama. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyerahkan sendiri kepada pegawai di Dewan Rakyat,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Mahathir bersama 4 ahli Parlimen yang menyokongnya memfailkan usul tidak percaya Muhyiddin, mendakwa perdana menteri gagal mentadbir sewaktu negara dilanda Covid-19 dan keraguan terhadap bilangan majoriti yang diperolehinya.

Hasanuddin beritahu FMT, walaupun memadai seorang sahaja wakil rakyat membawa usul berkenaan, tindakan beramai-ramai ini memberi isyarat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan masyarakat bahawa Amanah serius menukar semula pentadbiran.

“Kita hendak zahirkan kepada masyarakat bahawa kita prihatin untuk menukar perdana menteri dan kerajaan ini. Amanah pernah menegaskan kita akan jadi pembangkang yang baik dan pada masa sama terlibat dalam usaha mengambil semula mandat rakyat,” katanya.

Jelas Hasanuddin, selain isu kredibiliti Muhyiddin, Amanah turut prihatin dengan sikap parti dalam blok kerajaan yang menurutnya saling bertelagah serta lemah mengurus.

Sementara itu, beliau juga menegaskan pilihan pertama partinya untuk jawatan perdana menteri.

“Untuk itu kita kena lakukan usaha termasuk membawa usul ini dan mendesak ia diangkat di Dewan Rakyat.

“Untuk mengangkat Anwar Ibrahim, kita mesti memastikan perdana menteri dan kerajaan ini turun dahulu di Parlimen. Memang kami bercita-cita, hasrat dan rancangan angkat Anwar tetapi jika ada pemboleh ubah yang berlaku, kami akan buat keputusan yang akhirnya akan menguntungkan ummah,” katanya. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

Muafakat Nasional Akan Didaftar Secara Rasmi

KUALA LUMPUR: kepimpinan Muafakat Nasional (MN) kedua-dua parti telah bersetuju untuk medaftar MN secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, kepimpinan...