Covid-19: Kematian Semakin Meningkat, Britain Di Ambang Penutupan Kali Kedua?

- Advertisement -

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di seluruh United Kingdom meningkat kepada 21 orang semalam. Pihak berkuasa kesihatan tempatan menyebut 16 kematian berlaku di England, 3 di Scotland dan 2 di Wales.

Tiada kematian dicatat di Ireland Utara tapi 222 kes baru Covid-19 yang dikesan di negara itu semalam, dipercayai adalah tertinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda.

Lapor perkhidmatan kesihatan England, NHS, kebanyakan mereka yang mati semalam adalah mereka yang berusia antara 69 hingga 97 tahun.

Semua ini hadir tidak lama selepas Perdana Menteri memberi amaran bahawa negara itu hanya 6 minggu dibelakang Perancis dan Sepanyol – dimana jumlah kematian meningkat kepada 239 minggu ini, dan mengakui gelombang kedua wabak berkenaan hampir ‘tidak boleh dielakkan’.

Semalam, England mencatat pertambahan 4,322 kes baru – angka tertinggi sejak bulan Mei.

Yvonne Doyle, pengarah perubatan di Public Health England, berkata: “Kami melihat tanda-tanda yang jelas bahawa virus ini kini tersebar secara meluas di semua peringkat umur dan saya sangat bimbang dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital dan rawatan intensif di kalangan orang tua.

“Ini mungkin peringatan akan perkara-perkara yang jauh lebih buruk yang akan datang.”

Boris Johnson berkata semalam: “Kami melihat dengan teliti penyebaran wabak itu kerana ia berkembang sejak beberapa hari terakhir dan tidak ada persoalan, seperti yang telah saya katakan selama beberapa minggu sekarang, bahawa kita dapat menjangkakan (dan) sekarang melihat gelombang kedua bermula.

“Kami melihatnya di Perancis, di Sepanyol, di seluruh Eropah – sudah tentu, saya takut, tidak dapat dielakkan kita akan melihatnya di negara ini.”

Walaupun dia mengakui bahawa menutup negara buat kali kedua adalah “perkara terakhir yang diinginkan oleh semua orang”, langkah-langkah ke arah itu tetap ada dalam perancangan.

Johnson berkata, kerajaan akan memperkenalkan langkah-langkah baru untuk mengelakkan wabak ini dari terus merebak di negara berkenaan – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat