Gaji Dah Bayar, Apa Lagi Alasan Kalah? – Zamsaham

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pemilik Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), Norizam Tukiman mahu anak didik Yusri Che Lah membawa balik tiga mata penuh menentang Kuching FA, malam esok.

Menurut Norizam atau Zamsaham, tiada lagi alasan untuk tewas kerana semua tunggakan gaji telah dilunaskan.

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh pemain TRW kini ialah memperagakan aksi terbaik menjelang baki empat aksi Liga Perdana bagi layak ke Liga Super musim depan.

“Gaji dah bayar, duit dah masuk. Alasan apa lagi kalau tak menang usaha teruskan. Berjuang,” katanya di laman Facebook miliknya.

Jelas Norizam, barisan pemain digesa berusaha mencapai kemenangan bagi memperbaiki kedudukan pasukan yang kini menghuni tangga kelapan dengan mengumpul lapan mata.

Meskipun ketinggalan hampir sembilan mata dengan dua pasukan teratas iaitu Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, namun ia dilihat tidak mustahil untuk memintas dengan syarat wajib melakar semua kemenangan dalam baki empat aksi sambil mengharap yang lain tergelincir.

Semalam, menerusi kenyataan media usahawan itu sudah membuat bayaran tunggakan gaji untuk enam bulan terkini bagi pemain dan pegawai pasukan semasa yang beraksi di Liga Perdana membabitkan keseluruhan bayaran RM3.6 juta.

Selain itu, masalah gaji yang dihadapi pegawai dan bekas pemain Kelantan sejak tiga tahun lalu turut berakhir selepas Norizam melunaskan bayaran RM2.4 juta.

Bayaran dibuat secara penuh kepada 15 pegawai dan pemain yang pernah beraksi untuk pasukan itu bagi musim 2017 hingga 2019.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat