Surai Tunjuk Perasaan Dengan Tendangan Kungfu, Polis Indonesia Siasat Anggotanya

- Advertisement -

JAKARTA: Tindakan seorang anggota polis di Bogor, membuat tendangan ala kungfu terhadap seorang pelajaer semasa menyuraikan demonstrasi di wilayah itu, akan disiasat kata Ketua Polis Bogor, Roland Ronaldy

Insiden tersebut viral di media sosial dan ia dilabel sebagai ‘tendangan dari langit’ – mengambil sempena nama sebuah filem popular dengan tajuk yang sama pada tahun 2011. Ia juga menjadi troll yang popular di kalangan pengguna media sosial negara tersebut,

“Kami telah menerima laporan polis dari mangsa tendangan tersebut dan sedang melakukan penyiasatan”, kata Roland.

Roland menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku ketika tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Himpunan Mahasiswa Islam Bogor pada hari Khamis.

Insiden itu tercetus ketika berlaku pergeseran antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan, jelas Roland lagi.

“Agak malang kerana ketika mahasiswa sedang menyampaikan mesej mereka (melalui tunjuk perasaan), perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku”, kata Roland – CNN Indonesia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat