Bas bawa Ahli Parlimen UMNO/BN, Bersatu tiba di Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memasuki Pintu 2 Istana Negara dengan menaiki bas dan juga kenderaan pelbagai guna (MPV).

Rombongan itu menaiki dua buah bas sewa khas yang bertolak dari pekarangan Menara Dato’Onn ke Istana Negara.

Untuk tujuan keselamatan dan kesihatan, ketika berada di Menara Dato Onn, kesemua Ahli Parlimen BN dan UMNO diarah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19.

Antara yang kelihatan dalam bas berkenaan ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif , dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim .

Manakala kumpulan kedua yang memasuki Istana Negara seramai 25 orang yang terdiri daripada ahli Parlimen Bersatu, UMNO dan bebas.

Mereka termasuklah Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng (Julau) dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Najib Razak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat