Afieq tegas soal patuhi SOP

- Advertisement -

PENYANYI dan pengacara Afieq Shazwan, 24, tidak kisah jika dirinya dilabel individu kurang beradab hanya kerana bersikap tegas dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika bekerja.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia tidak mahu leka atau bersikap sambil lewa terhadap pematuhan SOP itu demi keselamatan.

“Lebih baik mencegah sebelum kena. Walaupun saya sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19, tapi risiko untuk dijangkiti itu tetap ada. Jadi, cara untuk elak adalah menjaga SOP.

“Apatah lagi, saya tinggal bersama mama iaitu nenek saya yang sudah berusia 70 tahun. Jadi, apabila saya keluar bekerja memang kena peka dengan persekitaran dan mematuhi SOP sangat penting,” katanya kepada RAP.

Menurut Afieq, suasana bekerja sekarang sudah tidak sama seperti dulu yang mana boleh bebas di lokasi atau studio bergaul dengan sesiapa saja termasuk bersalaman dan duduk berdekatan.

“Memandangkan Covid-19 ini sudah ada di dalam komuniti, saya memang berhati-hati. Ditambah lagi, saya lihat kebanyakan pesakit yang sudah dijangkiti itu tidak mempunyai gejala.

“Jadi, kalau ada yang masih bercakap mengenai pengacara tak beradab ke atau kurang adab, saya memang akan cakap pematuhan SOP ini buat kita semua. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sarankan untuk kita ikut kerana pandemik ini,” katanya.

Menurut Afieq, tindakan dilakukannya juga tidak bermaksud dia sombong.

Katanya, dia masih tetap senyum seperti biasa walaupun separuh wajahnya ditutup oleh pelitup muka kerana mengikut SOP.

“Saya memang mengelak berbual pada jarak dekat bersama tetamu di studio. Begitu juga, saya sudah mempersiapkan diri dengan mekap dari rumah dan tiba di studio, boleh terus ‘shoot’ saja,” katanya.

Mengulas mengenai aktiviti seninya, Afieq berkata, dia kini menjadi salah seorang pengacara Didik TV yang memerlukannya berada di studio pada hari-hari tertentu untuk mengendalikan slot-slot yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat