‘Azil wajib baca Harian Metro setiap hari’ – Zarina Zainuddin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Kalau tidak ada Harian Metro, Azil akan mengamuk. Memang kena cari juga,” kata pelakon, Zarina Zainuddin mengenai sikap anak kembarnya Muhammad Razil Azrai, 25, atau Azil yang wajib membaca surat khabar itu setiap hari.

Selain Harian Metro, Azil juga suka membaca dua lagi surat khabar terbitan kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) Berhad iaitu Berita Harian dan New Straits Times.

Zarina, 51, berkata, dia perlu membawa Azil yang juga menghidap autisme itu tiga kali sehari untuk membeli surat khabar itu.

Menurut Zarina, Azil hanya akan membaca dan mengasingkan beberapa ruangan kegemarannya dalam Harian Metro seperti hiburan dan sukan.

“Tiga surat khabar NSTP ini memang wajib beli setiap hari. Tidak boleh terlepas. Saya akan bawa dia keluar tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang. Dia ambil surat khabar sama saja. Kalau ada yang habis, pusing mana-mana kedai cari juga. Jika betul-betul ada antaranya sudah habis, baru dia ambil surat khabar lain,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, dia pernah membawa Azil ke Kuala Terengganu tahun lalu kerana terbabit dalam satu program. Secara kebetulan ia jatuh pada hari cuti umum dan sukar untuk mendapatkan surat khabar.

“Memang mengamuklah dia. Dia juga tidak mahu membaca surat khabar semalam. Dia tak bodoh. Saya sudah pernah buat, tapi dia tahu. Dia tetap nak cari surat khabar hari ini,” katanya.

Zarina berkata, selepas membeli surat khabar dia akan terus naik ke biliknya. Azil akan membaca dan buang mana-mana bahagian yang dia tidak mahu.

“Dia hanya simpan bahagian yang dia suka saja. Biasanya ruangan hiburan dan sukan. Apabila tengok dia, saya teringatkan arwah atuk. Sama macam tulah yang mana kena ada surat khabar setiap pagi,” katanya.

Terdahulu, Zarina memuat naik hantaran video di Instagram yang memaparkan timbunan surat khabar yang disimpan Azil.

 

AZIL sedang membeli akhbar Harian Metro.
AZIL sedang membeli akhbar Harian Metro.

 

Menurut Zarina, disebabkan terlalu banyak, susunan surat khabar itu lebih tinggi daripadanya.

Katanya, sebelum ini ada banyak lagi yang terpaksa dibuang, diberikan kepada orang dan untuk kegunaan lain.

“Video yang saya kongsikan itu sebenarnya kebanyakan surat khabar itu baru lagi. Sebelum ini ada banyak lagi tapi sudah dibuang. Masa nak pindah rumah saya sudah guna untuk buat lapik barang. Ada juga bagi orang.

“Kalau ikutkan Azil tak bagi usik. Dia mengamuk kalau dapat tahu surat khabar disimpan itu digunakan. Sebab cara dia, kalau dah tak mahu memang dia buang dalam tong sampah. Jadi, memang setiap hari kena belikan surat khabar untuk dia. Saya fikir biarlah berkorban untuk anak-anak. Apa lagi hiburan dia ada, surat khabar sajalah. Jadi tidak mengapa,” katanya.

Zarina berkata, kembar Azil iaitu Azal lebih kepada membaca majalah.

“Dia okay. Kalau tidak ada pun, dia boleh baca versi digital. Azil pula, dia belajar tapi tidak boleh bercakap. Jadi, tak tahu dia faham atau tidak. Nak tanya faham atau tak, dia tak boleh cakap. Hanya dia saja tahu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat