‘Usah jadikan lawak alasan bebas persenda agama’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu parodi terkenal, Azman Naim meluahkan pandangan terhadap isu lawak mempersendakan agama, menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Menerusi entri dalam Instagram (IG), Azman berkata, lawak jenaka perlu ada batas dan tidak boleh sewenang-wenangnya biarpun dalam medium media sosial.

Azman menyelar pandangan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti MUDA, Lim Wei Jiet menerusi akaun Twitter yang beranggapan penahanan reman pengasas bersama Crackhouse Club House, Rizal Van Geyzel sebagai satu percubaan untuk menidakkan kebebasan bersuara.

“Semua benda kena ada batas. Tidak semua benda boleh buat lawak, lebih lagi, membabitkan isu agama dan bangsa. Bukan semua benda boleh dikategorikan dalam ruang kebebasan bersuara.

“Jangan mula, jangan jadikan normalisasi dan kena ada had. Kita duduk dalam negara pelbagai agama, kaum dan budaya.

“Benda ini rapuh. Kalau salah ‘tuning’, boleh jadi padang jarak, padang tekukur.

“Banyak lagi benda boleh dijadikan bahan lawak. Apabila muncul pihak liberal yang menyokong dan ‘mastermind’ kepada gerakan ini, saya tak boleh diam,” kongsinya dalam IG.

Kata Azman, tindakan berlawak menggunakan sentimen agama dan perkauman kemudian dikelaskan sebagai kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan lawak biasa.

“Sampai bila perkara ini nak diteruskan? Sampai orang terima atau mati bertikam sesama sendiri?

“Saya bukan orang alim. Saya jahat, tetapi jangan sentuh hal agama dan kaum. Seperti mana saya menghormati agama dan kaum lain, begitu juga saya harap sebaliknya,” katanya.

 

Azman memuat naik hantaran dalam IG meluahkan pandangan terhadap isu yang dibangkitkan Lim Wei Jiet. – Foto IG Azman Naim

 

Memilih tidak bersuara selama ini berhubung isu berbangkit, Azman ada alasannya.

“Punca berdiam diri soal isu ini pada awalnya adalah saya kerana tahu, ada pihak tertentu nak ‘test market’ dan sebar ideologi sebegini. Lagi kita layan, lagi viral, sekali gus cara penyebaran ideologi golongan ini berjaya.

“Ramai akan menjadi pengikut. Tengok saja, ‘subscriber’ digitalnya meningkat. Sebab itu, saya tak nak memanjangkan atau memberi komen. Saya takkan bagi pemasaran percuma,” katanya.

Azman berharap, premis hiburan berkenaan ditutup.

“Kita boleh buka tempat baru yang lebih menghormati agama dan isu sensitif. Buka tempat baharu yang ada garis panduan berlawak,” katanya.

Antara lain, status di Twitter turut mendedahkan Wei Jiet juga peguam bersolidariti Rizal dan kelab komedi terbabit.

Selain itu, Wei Jeit menyatakan pelawak memainkan peranan penting dalam masyarakat dan elemen jenaka sering melucukan kerana terdapat beberapa kebenaran dalam kandungan itu.

Terdahulu, sambutan Aidiladha dicemari insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komediri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Pada 14 Julai lalu, Rizal ditahan dan disiasat kerana dipercayai menyebarkan dakyah liberalisme di kelab itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat