Tiket konsert habis, Dewa 19 tambah satu malam lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gara-gara tiket disapu licin dalam tempoh sejam selepas jualan dibuka semalam, Konsert 30 Years of Dewa 19 ditambah satu malam lagi, iaitu sehari lebih awal daripada tarikh 10 September yang diumumkan, iaitu pada Jumaat, 9 September depan di lokasi sama, Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG) rasmi Dewa 19 iaitu @officialdewa19, awal pagi tadi, vokalis dan gitaris utama kumpulan itu, Ahmad Dhani berkata, tiket untuk menyaksikan konsert malam pertama itu dijual mulai jam 3 petang, hari ini, melalui ticket2u.com.my.

“Gokil (istilah merujuk kepada rasa kagum dan teruja) Malaysia!

“Dalam masa sejam tiket habis dijual. Kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Baladewi di Malaysia khususnya Kuala Lumpur.

“Jadi untuk membalas sokongan dan rindu kalian, Dewa 19 akan menambah satu malam lagi untuk Baladewa semua. Konsert akan ditambah pada Jumaat, 9 September 2022 di lokasi sama.

Ahmad Dhani berkongsi berita gembira Konsert 30 Years of Dewa 19 di Kuala Lumpur ditambah satu malam lagi melalui Istagram (IG), kira-kira lima jam tadi. Foto IG Dewa 19

 

“Dapatkan tiket kalian pada hari ini mulai jam 3 petang di laman yang sama.

“Kali ini, tolong jangan terlewat lagi membelinya kerana Malaysia adalah satu-satunya lokasi di mana kami muncul dengan dua konsert khas buat kalian,” katanya dalam hantaran berbentuk video itu.

Semalam, tiket untuk menyaksikan Konsert 30 Years of Dewa 19 pada Sabtu, 10 September depan habis terjual dalam tempoh sejam selepas talian dibuka pada jam 11 pagi.

Berikutan itu, ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan berharap penganjur, Icon Entertainment dapat menambah satu malam lagi agar mereka dapat menyaksikan kumpulan yang popular dengan lagu Laskar Cinta itu, beraksi.

Kali terakhir Dewa 19 mementaskan konsert adalah di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2019, namun, tanpa kehadiran Ahmad Dhani.

Melancarkan siri jelajah menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan band itu, Dewa 19 sudah memulakan siri konsert di Indonesia dan menjadikan Kuala Lumpur antara destinasi persinggahan.

30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu, itu slogan ringkas, namun, cukup padat disampaikan kepada peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan Dewa 19 di Malaysia.

Sempena konsert jelajah mereka itu, Dewa 19 turut melakar sejarah apabila buat kali pertama menghimpunkan empat vokalis handalan atas satu pentas iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan terkini, Ello.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat