COVID-19: Nikah ‘Online’ Dibenar Untuk Kes Tertentu – Ahmad Marzuk

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pernikahan secara dalam talian dibenarkan bagi pasangan yang mendaftar sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan atau pasangan yang sudah lama menunggu untuk diijab kabul.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata bagi pasangan yang baru mendaftar pada waktu ini, ia bergantung kepada keperluan dan perbincangan sebelum kebenaran diberikan.

“Kahwin online hanya dibenarkan kepada mereka yang lama mendaftar sebelum PKP.

“Yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita lihat kepada kes.

“Kalau sekiranya tindakan perlu, akan kita bawa kepada perbincangan untuk dibenarkan,” kata Ahmad Marzuk.

Namun pihaknya bimbang jika ia disalahgunakan kerana kebenaran hanya diberikan kepada kes tertentu atau apabila tempoh PKP yang berlarutan.

“Paling penting ialah kita tidak menyalahgunakan khidmat kahwin online ini dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan yang sangat mendesak,” kata Ahmad Marzuk.

Beliau menjelaskan kebenaran perkahwinan secara dalam talian bergantung kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat