SOP Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin Diumum Lepas Raya Haji – TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan mengumumkan kelonggaran pergerakan bagi penerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 selepas perayaan Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini Jawatankuasa Teknikal sedang membuat kajian terperinci berhubung perkara tersebu

Katanya, kerajaan juga sedang mengkaji sektor-sektor yang boleh diberi kelonggaran selepas para pekerjanya menerima dua dos vaksin.

“Kita akan beri kelonggaran (individu lengkap dua dos), jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci siapa boleh bebas gerak dan sektor perniagaan mana dilonggarkan.

“Insya-Allah, perkara ini akan diumumkan selepas raya (Aidiladha),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Mindef (Kementerian Pertahanan) Prihatin, di Wisma Pertahanan, hari ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat MPN.

Kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat