Polis Tumpaskan Sindiket Jual Keputusan Palsu Ujian Covid-19 Kepada Pekerja Asing

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan keputusan ujian saringan Covid-19 termasuk pasport dan visa apabila lima suspek berjaya diberkas semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kegiatan itu berjaya dikesan selepas sepasukan pegawai dan anggota operasi Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD itu yang telah menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Muda pada Rabu.

Beliau berkata, suspek pertama telah ditangkap iaitu seorang lelaki India yang bekerja sebagai pemandu teksi dan mengaku telah menjalankan aktiviti ini bersama beberapa suspek yang lain.

“Peranan suspek itu sebagai ejen dan runner untuk mencari pelanggan dan menawarkan perkhidmatan ini kepada mana-mana individu warganegara dan majikan yang mengajikan pekerja warganegara asing untuk memperoleh keputusan laporan makmal bagi ujian saringan Covid-19.

“Kegiatan ini telah dilakukan sejak dua bulan lalu oleh sindiket ini di mana hasil risikan awal mendapat suspek-suspek telah menjual laporan makmal keputusan ujian saringan kepada pekerja warga negara asing yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan harga lebih kurang RM120,” katanya pada sidang media di IPD Shah Alam di sini hari ini.

Baharudin memberitahu, dengan penahanan suspek pertama itu, pihaknya telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara India bertaraf penduduk tetap (PR) yang merupakan dalang sindiket itu dan dua lelaki warganegara sama di sebuah rumah di Klang.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu berperanan untuk mengubah suai keputusan ujian saringan Covid-19, mencetak dan membuat laporan makmal tersebut kepada keputusan negatif untuk dijual kepada pelanggan.

Tambah beliau, hasil soal siasat yang dijalankan ke atas mereka, pihaknya telah membuat tangkapan ke atas seorang wanita warganegara India yang berperanan untuk mengubah suai keputusan laporan makmal ini di satu premis perniagaan di di Pandamaran.

“Rampasan yang dibuat ke atas sindiket ini melibatkan pelbagai dokumen-dokumen yang dipalsukan seperti laporan makmal keputusan ujian saringan Covid-19 dengan menggunakan nama satu makmal di hospital swasta di Lembah Klang, pasport dan visa berbagai negara, peralatan untuk membuat pasport dan visa, peralatan komputer, mesin pencetak dan telefon bimbit yang digunakan untuk menjalankan operasi ini.

“Ini kerana ketika membuat serbuan di rumah sama di Klang turut menemui pasport pelbagai neagra dan visa sementara yang turut dipalsukan oleh sindiket dan dijual dengan harga sekitar RM50.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan, Seksyen 55 (D) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Baharudin percaya sindiket mensasarkan pelanggan di sekitar Seri Muda kerana merupakan kawasan kilang yang didiami kira–kira 30,000 warga asing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat