70 Pesakit Covid-19 Pulih, Enam Kes Jangkitan Baru – KKM

- Advertisement -

Terdapat 70 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih terus meningkat kepada 8,070 kes dengan kadar kesembuhan 94.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, sebanyak enam kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 8535 kes positif keseluruhan.

Katanya, enam kes baharu itu membabitkan dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara serta empat kes penularan tempatan yang keempat-empatnya membabitkan warganegara.

“Empat kes penularan tempatan itu adalah satu kes saringan tahfiz di Kuala Lumpur, satu kes ahli keluarga kepada pesakit di Selangor, satu kes di Negeri Sembilan membabitkan saringan untuk pulang ke Sarawak serta satu kes daripada Kluster Kidurong di Sarawak.

“Sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 344 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, tiga kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 121 kes iaitu 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat