Konsert Rock Okestra Search Symphonic Live In KL bakal berlangsung 21 September ini.

- Advertisement -

Kejayaan konsert Fantasia Bulan Salju yang dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, pasti akan membuat peminat untuk menanti nantikan apakah projek terbaru daripada kumpulan Search akan datang.

Kini kumpulan legenda itu akan kembali dengan konsert terbaru mereka yang berjudul “Search Symphonic Live in Kuala Lumpur, yang bakal berlangsung pada 21 September bertempat di Megastar Arena Kuala Lumpur.

Yang menariknya konsert pada kali ini akan ada kelainan dari susunan alat muzik serta persembahan dimana mereka akan berkolaborasi dengan kumpulan orkestra untuk konsert terbaru ini. Ianya adalah gabungan Rockestra yang pasti membuatkan peminat-peminat menantikan persembahan pada hari tersebut.

Kumpulan yang dianggotai oleh Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud pasti akan memberikan kelainan buat semua peminat pada konsert yang berskala besar pada kali ini. Gandingan Orkestra dan band Rock pasti akan menjanjikan sebuah persembahan yang berprestij dan menakjubkan. 

Pihak penganjur Persatuan Rekreasi Global Malaysia menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran yang terkenal di Nusantara menerusi Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai satu lagi kejayaan yang bakal dilakar oleh pihak mereka.

“Adalah satu pencapaian dan kejayaan besar buat Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) sebaik Search bersetuju untuk mengadakan konsert di bawah anjuran kami.

“Memang bukan satu negosiasi yang mudah tapi sebagai pemain profesional dalam bidang muzik yang sudah mempunyai pengalaman cukup luas dalam berkarya, Search bersetuju dengan konsep yang diusulkan bukan hanya kerana berkonsep orkestra tapi sebagai sokongan kugiran tersebut dalam perjuangan muzik tempatan.

“Kami mengucapkan terima kasih yang sebesarnya buat Search dan semoga Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur kelak berjalan lancar,” ujar Pengarah Program  Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM), Encik Mohd Roslan Mohd Rafi. 

Bagi kumpulan Search pula konsert yang berprestij ini menjadi satu tanda aras apabila sudah empat dekat menhasilkan karya berkualiti dan sentiasa menjadi siulan buat peminat peminat tidak kira usia. 

Justeru Search berpendapat mereka tidak mempunyai sebab untuk menolak lamaran  Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) untuk menjayakan Search Symphonic Live In Kuala LumpAur pada 21 September 2024 ini.

“Undangan demi undangan atau tawaran yang datang buat Search mengadakan konsert berskala besar bukan untuk menjadikan kami megah.

“Sebaliknya ia lebih kepada Search melihat bahawa muzik atau karya yang telah dihasilkan pada tahun 80-an dahulu masih relevan serta sangat dinantikan untuk dipersembahkan secara langsung kepada peminat.

“Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi persembahan yang dipastikan tidak akan dilupakan peminat.

“Biarpun Search akan tetap mendendangkan Pawana, Isabella, Fantasia Bulan Madu untuk ribuan kali, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa karya-karya inilah yang mahu terus didengarkan untuk membangkit nostalgia buat peminat senior dan ‘salam perkenalan’ buat pendengar zaman kini terhadap keunggulan era rock dahulu,” ujar vokalis, Amy.

Kugiran tersebut juga mahu memastikan Search Symphony Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi momen terbaik yang pernah dirasai oleh peminat.

“Walaupun rendisi lagu yang sama tapi ia akan diulang kemas semula dengan pemain-pemain  orkestra yang bergabung bersama Search nanti sekaligus menjadikan Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, sebagai konsert terbaik daripada kami. 

“Nantikan bagaimana harmoninya jalinan muzik Search dan balutan orkestra pada Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, 21 September ini,” ujar Amy lagi.

Tiket-tiket Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bermula dengan harga RM168 (PS3), RM268 (PS2), RM368 (PS1) dan RM468 (VIP) boleh dibeli bermula 17 Mei 2024, 2.30 petang  menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian ticket hotling di 03 8605 0195.

Setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu RM 10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

INFORMASI SEARCH SYMPHONY LIVE IN KUALA LUMPUR

ACARA: SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR
TARIKH: 21 SEPTEMBER 2024
LOKASI: MEGA STAR ARENA, KUALA LUMPUR
HARGA TIKET: VIP – RM468, PS1 – RM368, PS2 – RM268, PS3 – RM168
WEBSITE: WWW.MYTICKET.ASIA
TICKET HOTLINE : 03 86050195
PENGANJUR: PERSATUAN REKREASI GLOBAL MALAYSIA (PRGM)


author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat