Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali

- Advertisement -

BALI – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.

WWF yang diadakan setiap tiga tahun dianjurkan bersama oleh Majlis Air Dunia (WWC) dan negara tuan rumah, dengan tema “Air untuk Kemakmuran Bersama” berlangsung dari 18 hingga 21 Mei.

Fadillah menzahirkan harapan supaya forum itu akan menjadi platform yang bermanfaat untuk semua negara dalam usaha meningkatkan pengurusan, pemeliharaan sumber air dan menangani cabaran masing-masing.

“Forum ini sangat penting untuk kita bertukar pandangan, fikiran, dan mempelajari pembangunan serta cabaran di negara lain dari segi teknologi dan penyelesaian masalah air. Sama ada kekurangan air, bekalan air bersih, atau menangani lebihan air.

Di Malaysia, kita juga menghadapi isu yang sama. Ada tempat yang mempunyai banyak air dan ada yang kurang air. Isu-isu ini perlu ditangani secara bersama,” katanya kepada media Malaysia hari ini.

Fadillah yang tiba di sini petang tadi diiringi Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) kementerian Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.

Beliau antara kenamaan yang telah hadir temasuk Presiden Sri Langka Ranil Wickremesinghe, Presiden Fiji Ratu Wiliame Maivalili Katonivere, Perdana Menteri Tajikistan Qohir Rasulzoda serta Timbalan Perdana Menteri Papua New Guinea John Rosso.

Forum ini bertujuan untuk memupuk hubungan kerjasama global dan menggalakkan tindakan dalam mengenal pasti isu-isu terkini berkaitan pengurusan air melalui penyelesaian bersepadu.

Fokusnya termasuk pemuliharaan air, air bersih, keselamatan makanan dan tenaga serta mitigasi bencana. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat