500 Negara Atau 50 Februari, Bukan Isu, Yg Penting Hasil Kerja

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

KALAU setiap kali orang tersasul nak disuruh letak jawatan, maka jawabnya tidak adalah apa yang bergerak di negara ini.

Ini manusia yang kita cakapkan, tersasul, tersalah letak titik perpuluhan, sebut tarikh tidak wujud dan sebagainya, ini bukti kekurangan makhluk bernama manusia.

Yang pentingnya dari “kesasulan” tersebut, apa masalah yang ia boleh menyebabkan buruk baik di negara ini – bercakap pasal pengurusan Covid-19 di negara kita sekarang?

Ada kluster baru terbentuk dek ungkapan “500 negara” inikah? Takde pun, entahlah, pandang dari segala segi, ia menyusahkan rakyat dari segi apa sebenarnya?

Tapi yang kita tahu kerana kegagalan tertentu dari pentadbiran yang dulu, ada perhimpunan melibatkan ramai manusia tidak dihalang, yang kemudiannya membentuk kluster COVID19 terbesar di negara ini.

Siapa pula menteri pada ketika itu? Kondemlah dia, ada juga akalnya.

Daripada mempersoal “kesasulan”, baik lihat apa hasil kerja yang telah menteri berkenaan berikan.

Sebagai permulaan, ketika gelombang kedua COVID19 ini bermula dulu, banyak benda tak cukup dihospital, inilah dia menterinya yang mendapatkan bajet tambahan untuk mencukupkan apa yang tidak ada.

Pertambahan hospital rujukan, makmal untuk tujuan saringan dan sebagainya, ini semua dibawah menteri mana? Penglibatan tentera membantu polis melaksanakan PKP, Ini semua adalah dibawah kuasa Menteri “500 negara”itulah.

Menteri sama juga memberi nasihat untuk Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dengannya, penularan virus dari kawasan tinggi jumlah jangkitan, dapat dikawal, kalau tak dihentikan sepenuh.

Hasilnya, jumlah jangkitan baru berjaya diturunkan. Dah beberapa hari negara kita menang “pertempuran” walaupun belum lagi menang “perang”.

Dibawah Menteri mana semua ini berlaku?

Walaupun diakui bukan jasa beliau satu orang sebaliknya kerjasama banyak pihak – terima kasih kita kepada semua yang terlibat dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil peranan yang dimainkan, tapi bayangkan kalau Menteri ini gagal laksanakan tanggungjawabnya?

Berapa banyak kesannya kepada masyarakat, berapa lama lagi pergerakan rakyat akan tersekat, berapa nyawa lagi pulak yang akan jadi korban?

Pernah fikir, pernah tanya?

Diakhirnya kita faham ini semua politik sempit sesetengah pihak semata-mata. Kesannya “500 negara” itu kepada pengurusan krisis Covid-19 di negara kita, hampir tidak ada.

Hilang kuasa ditambah kesan psikologi terperap akibat PKP, memang memberi kesan pelbagai kepada orang yang berbeza, ini mudah difahami.

Tapi orang yang tinggi akalnya akan melihat gambaran yang lebih besar, bukan satu dua gambar yang lebih kecil.

Ahmad Boestamam Husni
Serdang, Kedah

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat